Sebagai mana negeri yang lain, terdapat juga banyak makanan yang sedap di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga dikenali sebagai "food paradise" atau sememangnya "city of paradise". Hal ini kerana kita boleh dapat barang yang bermacam-macam termasuk baju, kasut, makanan, barangan kemas, barangan harian dan lain-lain di Kuala Lumpur dan kadang-kala, sesuatu yang kita tidak pernah ketahui.
TRI-COLOUR TEA
Di sini, saya ingin memperkenalkan minuman yang paling saya gemari iaitu- "tri-colour tea" (teh berwarna tiga). Teh ini bukan hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja tetapi di negeri-negeri lain juga. Walau bagaimanapun, minuman ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat Kuala Lumpur terutamanya di Kopitiam Cina. Teh ini memang sedap diminum dan pentingnya, harganya tidak mahal. Teh ini amat popular diminum pada awal pagi semasa sarapan pagi dan juga semasa waktu tengah hari (tea-time).
Apa yang special sangat dengan teh ini?
Teh ini mempunyai 3 lapisan yang berlainan (3 warna berlainan).
Lapisan yang pertama boleh dibuat dengan menggunakan wheat grass juice atau pandan dengan gula kelapa.
Lapisan yang kedua ditambah dengan susu pekat.
Lapisan yang ketiga ditambah dengan teh (Lipton atau yang lain).
Minuman ini berasa manis dan u turut dapat merasai tiga bahan yang berlainan dalam 1 minuman.
Salah satu restoran yang terkenal dengan minuman ini merupakan Wong Kok Char Chan Teng.
Cubalah minuman ini jika u memang suka teh susu!

TAU FU FAH / DOU HUA
Lagi bestnya jika u dapat menikmati teh berwarna tiga yang disebutkan di atas bersama dengan "tau fu fah" (dalam Cantonese) atau "dou hua" (dalam Chinese). Tau fu fah merupakan sejenis dessert Cina yang diperbuat daripada tofu yang sangat lembut dan dimakan dengan sirup yang manis hasil campuran dengan sup halia. Dessert ini juga boleh dibuat dengan menggunakan susu soya (soy milk) bercampuran dengan agar-agar atau gelatine.
Dessert ini terkenal di pelbagai negara termasuk Indonesia, Thai, Philippines, Vietnam, Taiwan dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai cara pemakanan atau cara hidangan bagi dessert ini. Di Malaysia dan juga Singapore, selalunya makanan ini dihidangkan dengan hanya sirup yang manis berlarutan dengan benih ginkgo dalam sirup tersebut atau sirup gula yang berlarut dengan pandan, di mana pilihan gula putih (white sugar) atau gula coklat (brown sugar) dibekalkan.
Dessert ini sangat sedap dimakan kerana teksturnya yang licin dan juga lembut semasa makanan ini cair di dalam mulut. Dessert ini juga dipercayai dapat memanaskan badan dan sesuai untuk dimakan oleh wanita yang mengandung atau selepas kelahiran anak kerana sirupnya mengandungi halia yang amat berkhasiat.
Memang terdapat banyak kedai yang jual tau fu fah di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, tetapi terdapat sebuah gerai yang memang terkenal sehingga Perdana Menteri yang ke-empat, Tun Dr. Mahathir juga pernah mengkunjungi ialah KIM SOYA BEAN di Chinatown (Petaling Street) Kuala Lumpur.
It's a MUST to try this if u are in K.L. !!!!!!!! =)
Petaling Street (K.L.)

Kim Soya Bean
.jpg)
ROJAK BUAH-BUAHAN
Rojak buah-buahan merupakan salah satu makanan / snack yang terkenal di Kuala Lumpur. Rojak selalunya dimakan semasa minum petang (tea time) dalam kalangan pekerja di Kuala Lumpur.
Rojak ialah hidangan salad tradisional dengan campuran buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang selalunya dapat dijumpai di Indonesia, Singapore dan Malaysia. "Rojak" bermaksud campuran dalam bahasa Melayu.
Rojak buah-buahan selalunya mengandungi timun, nanas, benkoang, tauke, taupok (tofu yang digoreng masak), youtiao (cut-up Chinese style fritters), mangga, betik dan juga biskut udang. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan yang berlainan daripada yang disebut oleh sebahagian penjual untuk citarasa rojak yang special dan sedap. Dressingnya dibuat daripada air, belacan (prawn / shrimp paste), tamarind atau paste soya hitam dalam campuran. Semua bahan ini akan dipotong ke dalam size cubic dan melambungkan ke dalam sebiji mangkuk. Sambal garam powder juga akan dibekalkan kepada pengguna yang suka akan cili.
Salah satu gerai rojak buah-buahan yang terkenal di Kuala Lumpur terletak di Taman Tun Dr. Ismail (Jalan Tun Mohd Fuad 1). Gerai ini merupakan sebuah gerai mobile (sebuah van) yang berhenti seberang dengan KFC. Makanan ini memang sedap dan berkhasiat kerana mengandungi pelbagai jenis buah-buahan yang membekalkan pelbagai jenis vitamin. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan rojak mamak yang biasa.
.jpg)
Rojak buah-buahan
Rojak mamak
Rojak buah-buahan di Taman Tun Dr. Ismail
No comments:
Post a Comment