~TRAVEL IN SARAWAK~
Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau
Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the
Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis
dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa
yang sangat unit.
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di
semenanjung !!!!. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi
sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan
dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh
masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa
dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau
kasturi. Jika anda datang ke Sarawak, pasti kau perlu mencuba hidangan ini !!!
LAKSA SARAWAK!!!
MEE KUCHING DAN
KUEH TIAW TOMATO
Lagi satu makanan Sarawak yang perlu cuba ialah Mee kuching
dan kueh tiaw tomato!!! Ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi
tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang
didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di
shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga
dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup
semasa dihidangkan~~~
MEE KUCHING
MONOK PANSOH
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak
dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara
menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok'
bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban
pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara
masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain
seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama.
No comments:
Post a Comment