Wednesday, 4 December 2013

= SIGNATURE FOOD IN NEGERI SEMBILAN (SEREMBAN) =

* A New Journey with Food in Seremban *

ABC (AIR BATU CAMPUR) - AIS KACANG


  • Ais kacang merupakan salah satu dessert yang terkenal di Malaysia yang juga biasa dijumpai di Brunei dan Singapore. Pada zaman ini, ais kacang dibuat daripada pelbagai bahan yang berwarna-warni dan juga kacang seperti kacang merah (red bean), kacang hijau (green bean) dan lain-lain dengan pelbagai dressings yang sedap. 


  • Belakangan ini, ais kacang telah dihidang dengan pelbagai bahan juga seperti biji jagung, grass jelly, agar-agar, aloe vera, cendol, nata de coco dan ais krim mengikuti kreativiti penjual masing-masing. Topping seperti susu pekat, susu sejat, susu kelapa, sirup sarsi dan juga sirup ros merah akan ditambahkan. Ada sebahagian penjual yang turut memperkenalkan topping seperti durian dan sirup coklat untuk citarasa yang baru.



  • Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah gerai ABC yang memang terkenal di Seremban. Gerai ini terletak di Pasar Besar Seremban. Ais kacang yang dijual oleh gerai ini memang sedap dan selalunya habis jual pada waktu tengah hari. Aisnya sehalus salji dan toppingnya manis dan mempunyai beberapa lapisan. Rasanya sangat special apabila dicampur semua toppingnya dan dirasai bersama. 



Pasar Besar Seremban









Ais Kacang 




Nombor Gerai: 708
Alamat: Pasar Besar Seremban, Bandar Seremban, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.


MEE HAKKA



  • Mee hakka ini merupakan salah satu makanan kegemaran ramai dan menjadi salah satu tarikan pelancong melawat ke negeri Seremban. 
  • Mee untuk hidangan ini merupakan buatan tangan dengan resipi misteri yang dicipta oleh penjual tersebut. Hakka mee ini ditambah dengan topping daging cincang dan dihidang dengan light sauce dan juga minyak sesame serta sedikit spring onions. White pepper dan pickled chili turut ditambah ke dalam mee ini untuk menjadikannya lebih sedap. 
  • Selalunya pelanggan yang ingin makan makanan ini perlu beratur dan mungkin perlu tunggu selama lebih sejam.
Cubalah Mee Hakka jika u berada di Seremban~~Memang sedap!!!! 


Nombor Gerai: 801 - Pasar Besar Seremban


Mee Hakka


MEE LEMBU (BEEF NOODLES)

  • Gerai Sin Yee Kee Beef Noodles telah menjual mee lembu sejak 1960's. Mee lembunya terkenal sehingga perniagaannya dapat berkembang ke luar negara sekarang.  
  • Mee lembu ini dihidangkan dengan gravy yang tebal dan juga sprinkled dengan kacang bijan (sesame).
  • Topping seperti kacang yang ranggup dan juga sayur-sayuran yang masin juga membantu menyedapkan lagi makanan ini.
  • Makanan ini memnag sesuai untuk orang yang suka makan heavy brunch~~
Gerai nombor : 748 - Sin Yee Kee




Mee Lembu (Beef Noodles) 

AYAM RENDANG MINANG

  • Terdapat juga pelbagai jenis rendang yang terkenal di Negeri Sembilan dan salah satu yang memang special ialah ayam rendang Minang style.
  • Rendang style Minang tidak dimasak dengan menggunakan rempah-ratus tetapi dengan bahan aromatik seperti halia, lengkuas, serai dan juga kelapa.
  • Kedai yang terkenal di Seremban yang menjual pelbagai jenis rendang terletak di Seremban 2- Mama World. 
Mama World (Seremban 2)

 

Ayam Rendang Minang


No comments:

Post a Comment