Thursday, 12 December 2013

Makanan Kelantan

Kuih Tahi Itik

 
Namanya istimewa, dan cara membuatnya agak mudah sekali iaitu dengan menggunakan putih telur (telur itik), santan kelapa, gula pasir, tepung pulut dan tepung beras. Semua bahan dimasukkan sekali dengan api yang perlahan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berketul (kering).

Jala Emas


Kuih Jala Emas,lain pula dengan jala emas, ianya diperbuat daripada kuning telur (telur itik) sahaja, gula pasir dan daun pandan.

Buah Tanjung




Bunga Tanjung ni agak istimewa dari segi bentuk dan warna. Berbeza dengan sajian kuih-muih yang lain ianya turut menggunakan bunga cengkih dan bahan pewarna. Tetapi kuih bunga tanjung ini masih menggunakan telur itik sebagai salah satu ramuan asas. Istimewa sekali telur itik kepada Masyarakat Kelantan.

Budu


Budu istimewa dari Kelantan Ini merupakan makanan yang sinonim dengan Rakyat Negeri Kelantan. Mungkin yang berminat untuk mencuba makanan ini perlulah mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk menikmati makanan unik ini. Bagi yang tidak biasa mungkin tidak dapat menikmati hidangan istimewa ini sekiranya cara hidangannya salah.

Nasi Kerabu


Nasi Kerabu Berwarna Biru juga antara makanan Pantai Timur yang biasa didapati di mana-mana di negara kita. Warnanya yang biru menjadikan nasi ini sedikit istimewa. Nasi kerabu juga biasanya dihidangkan dengan beberapa lauk tertentu. Itulah beberapa keistimewaan nasi kerabu ni.

No comments:

Post a Comment