Sunday, 8 December 2013

~ Famous Food In Malacca ~

< THE TOP 5 FOOD MUST TRY IN MALACCA >

1. NYONYA LAKSA


















Nyonya Laksa ialah salah satu makanan yang terkenal di Melaka. Laksa ini mempunyai bau yang kuat dan dihidangkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus dan cili. Aromanya sangat harum dan menyebabkan anda berliur dan mempunyai keinginan untuk mencubanya sebaik sahaja anda nampak makanan ini. 

Terdapat perbezaan antara kari laksa dengan nyonya laksa. Perbezaan yang penting sekali adalah sup kari laksa dibuat daripada stok ayam tetapi sup nyonya laksa dibuat daripada ayan dan juga udang. Disebabkan udang digunakan untuk membuat laksa ini, nyonya laksa juga berasa manis apabila dimakan kerana udang membawa rasa yang manis dan segar. 

Rating:  * * * * * 

2. NYONYA KUIH





Nyonya kuih ialah sejenis dessert (pencuci mulut) Melayu yang dipotong dalam saiz yang kecil. Kuih ini terdapat dalam pelbagai jenis warna yang menarik hati orang dan selalunya dimakan sebagai snack. Sebahagian kuih ini dibuat dengan cara - steaming, grilling dan kebanyakannya dirasai manis. 

Ondeh-Ondeh (onde-onde) merupakan salah satu nyonya kuih yang paling biasa dalam kalangan masyarakat dan rasanya memang sedap. Ondeh-ondeh ini dibuat daripada ubi kentang, atau tepung nasi glutinous. Jus pandan juga turut dicampur untuk membuat kuih ini serta kelapa dengan gula Melaka. 

Rating:  * * * * *

Kedai yang paling syok di Melaka yang terkenal dengan kedua-dua hidangan style nyonya ini ialah Nancy's Kitchen. Makanan yang dijual oleh kedai ini bukan sahaja sedap tetapi juga segar. Hiasan dan design kedai ini juga sangat special. =)



3. Ayam Tandoori 



Ayam Tandoori merupakan masakan Punjabi yang berasal dari Punjab dan seterusnya menjadi makanan popular di Asia Tengah. Daging ayam hidangan ini direndam adonan susu asam kental yang telah dibumbui dengan garam masala - bawang putih, jahe, cabai dan macam-macam lada India. Ayam ini biasanya dimasak dengan suhu tinggi atau menggunakkan panggangan biasa. Daging ayamnya berwarna merah disebabkan oleh lada merah yang digunakan dalam proses masakan. 

Rasa hidangan ini special walaupun pedas. Ayamnya berasa smoky akibat dibakar dalam ketuhar dan dagingnya sedap kerana bahan-bahan yang direndamnya sebelum dibakar. Hidangan ini lagi sedap jika dimakan bersama rempah atau sos yang disediakan. 

Rating: * * * * *

Kedai yang disyorkan ialah Pak Putra Tandoori Naan. 


4. SATAY CELUP
  


Satay celup (Steamboat satay) merupakan satu hidangan di mana pelbagai jenis makanan laut (seafood) yang mentah dan juga separuh masak, daging yang berbeza, serta sayur-sayuran dalam pencucuk yang dimasukkan ke dalam satu periuk kuah satay yang panas mendidh. 

Di Melaka, terdapat lebih daripada 80 jenis makanan laut dan juga sayur-sayuran yang dapat anda pilih untuk menikmati. Kuahnya tebal teksturnya dan juga wangi baunya. Hidangan ini dijual dalam harga yang murah di Melaka bermula dengan RM 0.60 secucuk. Biasanya satay celup ini dijual dengan mod layan diri dan pengguna dapat pilih jenis daging dan juga makanan laut yang diminati sebaik sahaja dapat tempat duduknya dengan menggunakan dulang yang disediakan.

Rating: * * * * * 

Kedai yang disyorkan di sini ialah Restoran Capitol Satay @ Bukit Cina, Melaka. Kedai ini memang famous di Melaka dan selalunya anda perlu beratur selama 1-2 jam untuk menikmati makanan ini. 

 

5. KLEBANG SUSU KOCAK KELAPA

















Susu kocak kelapa dibuat dengan ramuan air kelapa, isi kelapa, ais kube, ais krim vanilla yang dicampur bersama dalam satu mixer. Minuman ini berasa manis dan creamy dengan teksturnya yang begitu licin dan lembut seperti smoothie. Ramuannya simple tetapi rasanya begitu baik dan menyegarkan terutamanya semasa hari panas sehingga satu hidangan pasti tidak cukup untuk anda!!!

Rating: * * * * *

Susu kocak kelapa yang sangat popular di Melaka terletak di Klebang - Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya. ^^ Cubalah coconut milkshake ini dan anda pasti tidak akan terlupa pengalaman ini.







** Segala rating yang ditunjukkan merupakan informasi yang dianalisasi dengan pengumpulan informasi daripada internet. Mungkin berbeza dengan individu yang berlainan. 



No comments:

Post a Comment