Thursday, 12 December 2013

Makanan Kelantan

Kuih Tahi Itik

 
Namanya istimewa, dan cara membuatnya agak mudah sekali iaitu dengan menggunakan putih telur (telur itik), santan kelapa, gula pasir, tepung pulut dan tepung beras. Semua bahan dimasukkan sekali dengan api yang perlahan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berketul (kering).

Jala Emas


Kuih Jala Emas,lain pula dengan jala emas, ianya diperbuat daripada kuning telur (telur itik) sahaja, gula pasir dan daun pandan.

Buah Tanjung




Bunga Tanjung ni agak istimewa dari segi bentuk dan warna. Berbeza dengan sajian kuih-muih yang lain ianya turut menggunakan bunga cengkih dan bahan pewarna. Tetapi kuih bunga tanjung ini masih menggunakan telur itik sebagai salah satu ramuan asas. Istimewa sekali telur itik kepada Masyarakat Kelantan.

Budu


Budu istimewa dari Kelantan Ini merupakan makanan yang sinonim dengan Rakyat Negeri Kelantan. Mungkin yang berminat untuk mencuba makanan ini perlulah mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk menikmati makanan unik ini. Bagi yang tidak biasa mungkin tidak dapat menikmati hidangan istimewa ini sekiranya cara hidangannya salah.

Nasi Kerabu


Nasi Kerabu Berwarna Biru juga antara makanan Pantai Timur yang biasa didapati di mana-mana di negara kita. Warnanya yang biru menjadikan nasi ini sedikit istimewa. Nasi kerabu juga biasanya dihidangkan dengan beberapa lauk tertentu. Itulah beberapa keistimewaan nasi kerabu ni.

Sunday, 8 December 2013

~ Famous Food In Malacca ~

< THE TOP 5 FOOD MUST TRY IN MALACCA >

1. NYONYA LAKSA


















Nyonya Laksa ialah salah satu makanan yang terkenal di Melaka. Laksa ini mempunyai bau yang kuat dan dihidangkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus dan cili. Aromanya sangat harum dan menyebabkan anda berliur dan mempunyai keinginan untuk mencubanya sebaik sahaja anda nampak makanan ini. 

Terdapat perbezaan antara kari laksa dengan nyonya laksa. Perbezaan yang penting sekali adalah sup kari laksa dibuat daripada stok ayam tetapi sup nyonya laksa dibuat daripada ayan dan juga udang. Disebabkan udang digunakan untuk membuat laksa ini, nyonya laksa juga berasa manis apabila dimakan kerana udang membawa rasa yang manis dan segar. 

Rating:  * * * * * 

2. NYONYA KUIH





Nyonya kuih ialah sejenis dessert (pencuci mulut) Melayu yang dipotong dalam saiz yang kecil. Kuih ini terdapat dalam pelbagai jenis warna yang menarik hati orang dan selalunya dimakan sebagai snack. Sebahagian kuih ini dibuat dengan cara - steaming, grilling dan kebanyakannya dirasai manis. 

Ondeh-Ondeh (onde-onde) merupakan salah satu nyonya kuih yang paling biasa dalam kalangan masyarakat dan rasanya memang sedap. Ondeh-ondeh ini dibuat daripada ubi kentang, atau tepung nasi glutinous. Jus pandan juga turut dicampur untuk membuat kuih ini serta kelapa dengan gula Melaka. 

Rating:  * * * * *

Kedai yang paling syok di Melaka yang terkenal dengan kedua-dua hidangan style nyonya ini ialah Nancy's Kitchen. Makanan yang dijual oleh kedai ini bukan sahaja sedap tetapi juga segar. Hiasan dan design kedai ini juga sangat special. =)



3. Ayam Tandoori 



Ayam Tandoori merupakan masakan Punjabi yang berasal dari Punjab dan seterusnya menjadi makanan popular di Asia Tengah. Daging ayam hidangan ini direndam adonan susu asam kental yang telah dibumbui dengan garam masala - bawang putih, jahe, cabai dan macam-macam lada India. Ayam ini biasanya dimasak dengan suhu tinggi atau menggunakkan panggangan biasa. Daging ayamnya berwarna merah disebabkan oleh lada merah yang digunakan dalam proses masakan. 

Rasa hidangan ini special walaupun pedas. Ayamnya berasa smoky akibat dibakar dalam ketuhar dan dagingnya sedap kerana bahan-bahan yang direndamnya sebelum dibakar. Hidangan ini lagi sedap jika dimakan bersama rempah atau sos yang disediakan. 

Rating: * * * * *

Kedai yang disyorkan ialah Pak Putra Tandoori Naan. 


4. SATAY CELUP
  


Satay celup (Steamboat satay) merupakan satu hidangan di mana pelbagai jenis makanan laut (seafood) yang mentah dan juga separuh masak, daging yang berbeza, serta sayur-sayuran dalam pencucuk yang dimasukkan ke dalam satu periuk kuah satay yang panas mendidh. 

Di Melaka, terdapat lebih daripada 80 jenis makanan laut dan juga sayur-sayuran yang dapat anda pilih untuk menikmati. Kuahnya tebal teksturnya dan juga wangi baunya. Hidangan ini dijual dalam harga yang murah di Melaka bermula dengan RM 0.60 secucuk. Biasanya satay celup ini dijual dengan mod layan diri dan pengguna dapat pilih jenis daging dan juga makanan laut yang diminati sebaik sahaja dapat tempat duduknya dengan menggunakan dulang yang disediakan.

Rating: * * * * * 

Kedai yang disyorkan di sini ialah Restoran Capitol Satay @ Bukit Cina, Melaka. Kedai ini memang famous di Melaka dan selalunya anda perlu beratur selama 1-2 jam untuk menikmati makanan ini. 

 

5. KLEBANG SUSU KOCAK KELAPA

















Susu kocak kelapa dibuat dengan ramuan air kelapa, isi kelapa, ais kube, ais krim vanilla yang dicampur bersama dalam satu mixer. Minuman ini berasa manis dan creamy dengan teksturnya yang begitu licin dan lembut seperti smoothie. Ramuannya simple tetapi rasanya begitu baik dan menyegarkan terutamanya semasa hari panas sehingga satu hidangan pasti tidak cukup untuk anda!!!

Rating: * * * * *

Susu kocak kelapa yang sangat popular di Melaka terletak di Klebang - Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya. ^^ Cubalah coconut milkshake ini dan anda pasti tidak akan terlupa pengalaman ini.







** Segala rating yang ditunjukkan merupakan informasi yang dianalisasi dengan pengumpulan informasi daripada internet. Mungkin berbeza dengan individu yang berlainan. 



Wednesday, 4 December 2013

Penang Hawker Food~***

Sampai Pulao Pinang terutamanya berhadapan Gurney Plaza, memang banyak makanan tempatan yang sedap.

Antara dua makanan memang tidak boleh melepasi adalah Penang asam laksa dan char kway teow.





=PENANG ASAM LAKSA=

Yang ini ialah kegemaran saya!!
Penang asam laksa merupakan laksa daripada Pulau Pinang.
Asam digunakan untuk memberi perasaan masam kepada sup laksa.
Oleh itu makanan ini dinamakan asam laksa.
Ingredien utama untuk membuat laksa ini adalah ikan kembung dan asam.
Sesetengah orang lebih gemar makan asam laksa dihidangkan dengan petis udang atau "hae ko" untuk mengurangkan kemasamannya.
Tetapi saya suka makan original penang asam laksa
Cubalah ! Awak akan tidak sedih selepas rasa makanan ini !!





















=CHAR KWAY TEOW=


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia.
Kway Teow digorengkan di atas api panas dengan kicap, cili, udang, kerang, kucai cina, tauke dan telur.
Belum makan, tengok gambar sahaja mulut sudahlah nak berliur.
Belum makan, tengok gambar sahaja sudahlah mencium rasa char kway teow.
Belum makan, tengok gambar sahaja sudahlah merasa lapar.
Kan? Kan? Kan?!!!
Kadangkala hirisan sosej cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah untuk menarik orang.
Saya mengesyorkan makanan ini iaitu char kway teow dengan kuat kerana terlalu sedap.
Walaupun saya pun boleh makan tiga pinggan semasa saya berdiri di Pulau Pinang.
Bergurau sahaja, tetapi saya memang boleh makan 2 pinggan char kway teow!
Korang mestilah pergi cuba!!




= SIGNATURE FOOD IN NEGERI SEMBILAN (SEREMBAN) =

* A New Journey with Food in Seremban *

ABC (AIR BATU CAMPUR) - AIS KACANG


  • Ais kacang merupakan salah satu dessert yang terkenal di Malaysia yang juga biasa dijumpai di Brunei dan Singapore. Pada zaman ini, ais kacang dibuat daripada pelbagai bahan yang berwarna-warni dan juga kacang seperti kacang merah (red bean), kacang hijau (green bean) dan lain-lain dengan pelbagai dressings yang sedap. 


  • Belakangan ini, ais kacang telah dihidang dengan pelbagai bahan juga seperti biji jagung, grass jelly, agar-agar, aloe vera, cendol, nata de coco dan ais krim mengikuti kreativiti penjual masing-masing. Topping seperti susu pekat, susu sejat, susu kelapa, sirup sarsi dan juga sirup ros merah akan ditambahkan. Ada sebahagian penjual yang turut memperkenalkan topping seperti durian dan sirup coklat untuk citarasa yang baru.



  • Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah gerai ABC yang memang terkenal di Seremban. Gerai ini terletak di Pasar Besar Seremban. Ais kacang yang dijual oleh gerai ini memang sedap dan selalunya habis jual pada waktu tengah hari. Aisnya sehalus salji dan toppingnya manis dan mempunyai beberapa lapisan. Rasanya sangat special apabila dicampur semua toppingnya dan dirasai bersama. 



Pasar Besar Seremban









Ais Kacang 




Nombor Gerai: 708
Alamat: Pasar Besar Seremban, Bandar Seremban, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.


MEE HAKKA



  • Mee hakka ini merupakan salah satu makanan kegemaran ramai dan menjadi salah satu tarikan pelancong melawat ke negeri Seremban. 
  • Mee untuk hidangan ini merupakan buatan tangan dengan resipi misteri yang dicipta oleh penjual tersebut. Hakka mee ini ditambah dengan topping daging cincang dan dihidang dengan light sauce dan juga minyak sesame serta sedikit spring onions. White pepper dan pickled chili turut ditambah ke dalam mee ini untuk menjadikannya lebih sedap. 
  • Selalunya pelanggan yang ingin makan makanan ini perlu beratur dan mungkin perlu tunggu selama lebih sejam.
Cubalah Mee Hakka jika u berada di Seremban~~Memang sedap!!!! 


Nombor Gerai: 801 - Pasar Besar Seremban


Mee Hakka


MEE LEMBU (BEEF NOODLES)

  • Gerai Sin Yee Kee Beef Noodles telah menjual mee lembu sejak 1960's. Mee lembunya terkenal sehingga perniagaannya dapat berkembang ke luar negara sekarang.  
  • Mee lembu ini dihidangkan dengan gravy yang tebal dan juga sprinkled dengan kacang bijan (sesame).
  • Topping seperti kacang yang ranggup dan juga sayur-sayuran yang masin juga membantu menyedapkan lagi makanan ini.
  • Makanan ini memnag sesuai untuk orang yang suka makan heavy brunch~~
Gerai nombor : 748 - Sin Yee Kee




Mee Lembu (Beef Noodles) 

AYAM RENDANG MINANG

  • Terdapat juga pelbagai jenis rendang yang terkenal di Negeri Sembilan dan salah satu yang memang special ialah ayam rendang Minang style.
  • Rendang style Minang tidak dimasak dengan menggunakan rempah-ratus tetapi dengan bahan aromatik seperti halia, lengkuas, serai dan juga kelapa.
  • Kedai yang terkenal di Seremban yang menjual pelbagai jenis rendang terletak di Seremban 2- Mama World. 
Mama World (Seremban 2)

 

Ayam Rendang Minang


Monday, 2 December 2013

 
                        ~TRAVEL IN SARAWAK~
Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat  di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.
 
 
LAKSA SARAWAK
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung !!!!. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi. Jika anda datang ke Sarawak, pasti kau perlu mencuba hidangan ini !!!
                                                                                                    LAKSA SARAWAK!!!
 MEE KUCHING DAN
KUEH TIAW TOMATO                                                                                    
Lagi satu makanan Sarawak yang perlu cuba ialah Mee kuching dan kueh tiaw tomato!!! Ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan~~~
 
KUEH TIAW TOMATO
                                                                              MEE KUCHING
 
MONOK PANSOH
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama.
 
 

 

 

Sunday, 1 December 2013

Food in Kuala Lumpur (K.L.)

Food in Kuala Lumpur (K.L.)

Sebagai mana negeri yang lain, terdapat juga banyak makanan yang sedap di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga dikenali sebagai "food paradise" atau sememangnya "city of paradise". Hal ini kerana kita boleh dapat barang yang bermacam-macam termasuk baju, kasut, makanan, barangan kemas, barangan harian dan lain-lain di Kuala Lumpur dan kadang-kala, sesuatu yang kita tidak pernah ketahui.

TRI-COLOUR TEA

Di sini, saya ingin memperkenalkan minuman yang paling saya gemari iaitu- "tri-colour tea" (teh berwarna tiga). Teh ini bukan hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja tetapi di negeri-negeri lain juga. Walau bagaimanapun, minuman ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat Kuala Lumpur terutamanya di Kopitiam Cina. Teh ini memang sedap diminum dan pentingnya, harganya tidak mahal. Teh ini amat popular diminum pada awal pagi semasa sarapan pagi dan juga semasa waktu tengah hari (tea-time).

Apa yang special sangat dengan teh ini?
Teh ini mempunyai 3 lapisan yang berlainan (3 warna berlainan).
Lapisan yang pertama boleh dibuat dengan menggunakan wheat grass juice atau pandan dengan gula kelapa.
Lapisan yang kedua ditambah dengan susu pekat.
Lapisan yang ketiga ditambah dengan teh (Lipton atau yang lain).
Minuman ini berasa manis dan u turut dapat merasai tiga bahan yang berlainan dalam 1 minuman.
Salah satu restoran yang terkenal dengan minuman ini merupakan Wong Kok Char Chan Teng.
Cubalah minuman ini jika u memang suka teh susu!



















TAU FU FAH / DOU HUA

Lagi bestnya jika u dapat menikmati teh berwarna tiga yang disebutkan di atas bersama dengan "tau fu fah" (dalam Cantonese) atau "dou hua" (dalam Chinese). Tau fu fah merupakan sejenis dessert Cina yang diperbuat daripada tofu yang sangat lembut dan dimakan dengan sirup yang manis hasil campuran dengan sup halia. Dessert ini juga boleh dibuat dengan menggunakan susu soya (soy milk) bercampuran dengan agar-agar atau gelatine. 

Dessert ini terkenal di pelbagai negara termasuk Indonesia, Thai, Philippines, Vietnam, Taiwan dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai cara pemakanan atau cara hidangan bagi dessert ini. Di Malaysia dan juga Singapore, selalunya makanan ini dihidangkan dengan hanya sirup yang manis berlarutan dengan benih ginkgo dalam sirup tersebut atau sirup gula yang berlarut dengan pandan, di mana pilihan gula putih (white sugar) atau gula coklat (brown sugar) dibekalkan. 

Dessert ini sangat sedap dimakan kerana teksturnya yang licin dan juga lembut semasa makanan ini cair di dalam mulut. Dessert ini juga dipercayai dapat memanaskan badan dan sesuai untuk dimakan oleh wanita yang mengandung atau selepas kelahiran anak kerana sirupnya mengandungi halia yang amat berkhasiat.

Memang terdapat banyak kedai yang jual tau fu fah di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, tetapi terdapat sebuah gerai yang memang terkenal sehingga Perdana Menteri yang ke-empat, Tun Dr. Mahathir juga pernah mengkunjungi ialah KIM SOYA BEAN di Chinatown (Petaling Street) Kuala Lumpur.

It's a MUST to try this if u are in K.L. !!!!!!!! =)





Petaling Street (K.L.)











Kim Soya Bean






















ROJAK BUAH-BUAHAN

Rojak buah-buahan merupakan salah satu makanan / snack yang terkenal di Kuala Lumpur. Rojak selalunya dimakan semasa minum petang (tea time) dalam kalangan pekerja di Kuala Lumpur. 

Rojak ialah hidangan salad tradisional dengan campuran buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang selalunya dapat dijumpai di Indonesia, Singapore dan Malaysia. "Rojak" bermaksud campuran dalam bahasa Melayu. 

Rojak buah-buahan selalunya mengandungi timun, nanas, benkoang, tauke, taupok (tofu yang digoreng masak), youtiao (cut-up Chinese style fritters), mangga, betik dan juga biskut udang. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan yang berlainan daripada yang disebut oleh sebahagian penjual untuk citarasa rojak yang special dan sedap. Dressingnya dibuat daripada air, belacan (prawn / shrimp paste), tamarind atau paste soya hitam dalam campuran. Semua bahan ini akan dipotong ke dalam size cubic dan melambungkan ke dalam sebiji  mangkuk. Sambal garam powder juga akan dibekalkan kepada pengguna yang suka akan cili.

Salah satu gerai rojak buah-buahan yang terkenal di Kuala Lumpur terletak di Taman Tun Dr. Ismail (Jalan Tun Mohd Fuad 1). Gerai ini merupakan sebuah gerai mobile (sebuah van) yang berhenti seberang dengan KFC. Makanan ini memang sedap dan berkhasiat kerana mengandungi pelbagai jenis buah-buahan yang membekalkan pelbagai jenis vitamin. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan rojak mamak yang biasa. 




Rojak buah-buahan

 

Rojak mamak


















Rojak buah-buahan di Taman Tun Dr. Ismail